PETALING JAYA: Kerajaan sedang menilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh sebagai antara langkah memperkukuh keselamatan tenaga negara dan menghadapi krisis yang sedang dihadapi global. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata, tenaga nuklear semakin mendapat perhatian sebagai salah satu pilihan dalam campuran tenaga negara. Kata beliau, terdapat keperluan untuk beralih kepada sumber rendah karbon dalam menghadapi permintaan tenaga yang semakin meningkat. “Malaysia sedang menilai potensi teknologi ini…










