KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan penubuhan Pusat Mediasi Malaysia (MMC) bagi memperluas akses kepada penyelesaian pertikaian secara lebih cepat, kos efektif dan mesra rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan itu merupakan sebahagian usaha memperkukuh sistem keadilan negara melalui pendekatan penyelesaian alternatif (ADR). Menurut beliau, MMC dicadang diwujudkan di bawah Jabatan Bantuan Guaman dengan sokongan peruntukan undang-undang menerusi Akta Bantuan…










