Kenapa bersangka buruk, tidak takut dengan fitnah? - Sherry Ibrahim - Utusan Malaysia

Kenapa bersangka buruk, tidak takut dengan fitnah? – Sherry Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rimas setiap tindakan sering disalahtafsir, pelakon, Sherry Ibrahim  menafikan hantaran yang dikongsikan menerusi media sosial bersifat sindiran atau ditujukan kepada seseorang.

Sherry atau Syarizad Ibrahim, 43, berkata, segala perkongsian yang dimuat naik adalah berkaitan dengan hidupnya sendiri, selain menegur sikap sesetengah netizen yang sering meninggalkan komen bersifat keterlaluan.

“Ya Allah. Kenapa perlu bersangka buruk dan buat andaian tanpa disedari. Kalian tak takut ke dengan fitnah dan tuduhan.

“Hantaran saya berkaitan dengan diri saya dan apa yang saya ingin kongsikan untuk mereka yang memerlukan. Itu sahaja,” katanya di Threads.

Dalam hantaran lain, pelakon drama Teduhan Kasih itu menegaskan dirinya tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan membuli memandangkan setiap individu mempunyai had kesabarannya tersendiri.

“Kesabaran adalah satu kekuatan, sehingga dipandang remeh.

“Saya memilih untuk diam kerana hormat, tetapi saya tidak akan sesekali menghormati perbuatan membuli. Jangan paksa saya ke tahap itu. Jangan anggap kesabaran saya sebagai kelemahan.

“Jadi tolong hadamkan, ‘kebaikan tidak memerlukan apa-apa kos. membuli menggambarkan segalanya. Kesabaran ada batasnya. Jadi ini perlu dihentikan! Terima kasih!,” tulisnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN