PASIR SALAK: Nelayan di Kampung Permatang Pelanduk di sini hidup dalam kebimbangan susulan kemunculan seekor buaya di Sungai Kinta yang dikesan sejak beberapa hari lalu. Sungai berkenaan merupakan lokasi utama nelayan mencari rezeki selain terletak berhampiran kebun kelapa sawit dan menjadi tumpuan kaki pancing. Seorang nelayan, Zainuddin Shaari, 61, berkata, dia bersama beberapa rakan ternampak reptilia itu ketika mereka memasang jaring di sungai tersebut kelmarin. Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul…










