PETALING JAYA: Malaysia tidak membayar sebarang tol bagi laluan kapal Petronas melalui Selat Hormuz. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah dibentangkan Petronas dan diteliti dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). “Kita mengambil maklum kita ada beberapa kapal (Petronas) yang masih dalam perjalanan dan pada ketika ini menunggu giliran untuk melepasi Selat Hormuz, kita tidak membayar apa-apa tol seperti yang didakwa. “Mungkin (berpunca) tajuk berita yang disalah…










