Kapal Malaysia diberi laluan selamat di Selat Hormuz

Kapal Malaysia diberi laluan selamat di Selat Hormuz

SEBUAH kapal Malaysia dilaporkan telah berjaya melepasi Selat Hormuz, menurut Kedutaan Iran di Malaysia. GAMBAR/PLATFORM X KEDUTAAN IRAN DI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah daripada tujuh kapal komersial milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz disahkan telah diberi laluan selamat dan kini sedang menuju ke destinasi terakhir.

Kementerian Luar yang mengesahkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan berkata, ia susulan pembabitan diplomatik di peringkat tinggi.

Katanya, ini termasuk perbualan telefon yang konstruktif antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada 26 Mac, serta antara Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dengan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi pada 24 Mac.

“Malaysia kekal komited terhadap prinsip kebebasan navigasi, keselamatan dan jaminan laluan maritim, selaras dengan undang-undang antarabangsa.

“Malaysia juga menegaskan semula kepentingan dialog yang berterusan dan pembabitan diplomatik dalam menangani cabaran serantau serta mengekalkan keamanan dan kestabilan,” katanya hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, sebuah kapal Malaysia yang membawa minyak mentah dari Iraq berjaya melepasi Selat Hormuz dan dijangka tiba di tanah air pada pertengahan bulan ini.

Berdasarkan data daripada Kumpulan Bursa Saham London dan Kpler, kapal tangki minyak itu berjaya melintasi laluan laut selepas Iran menyatakan bahawa Iraq dikecualikan daripada sebarang sekata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN