Kakak pelakon terkenal direman kes dadah

Kakak pelakon terkenal direman kes dadah

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kakak kepada seorang pelakon popular tanah air ditahan polis dan direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan dadah jenis syabu.

Difahamkan, pasangan kepada pelakon itu juga merupakan selebriti terkenal yang membintangi pelbagai drama dan filem.

Suspek berusia 50-an ditangkap bersama seorang lagi wanita tempatan berumur 40-an pada pukul 6.45 petang semalam di sebuah rumah di Taman Lembah Bujang Saujana, Bedong di sini.

Pemeriksaan menemukan satu beg silang yang mengandungi balutan plastik berwarna hitam berikat getah dan dua peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu dianggarkan seberat 5.45 gram.

Dadah tersebut dijumpai atas katil dalam sebuah bilik di kediaman terbabit.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut, namun saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan tangkapan itu, namun tidak mengulas lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 (A) 1 Akta Dadah Berbahaya 1952 setelah permohonan reman dibenarkan Majistret Mohammad Azlan Basri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN