JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri memperluaskan bantuan perumahan dengan menambah baik inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ) dalam menggalakkan lebih ramai rakyat di negeri ini memiliki rumah. Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi berkata, agenda perumahan kekal menjadi antara keutamaan utama pentadbiran negeri di bawah pelan Maju Johor 2030 bagi memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan negeri. Katanya, dianggarkan 2,506 penerima mendapat manfaat menerusi fasa kedua bantuan PKJ yang merangkumi tiga kategori…










