PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh dua minggu kepada pembantu kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, James Chai untuk hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes pelaburan ARM yang bernilai RM1.12 bilion. SPRM berkata, pihaknya sanggup menampung kos penerbangan pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan berkenaan. Katanya, seramai 17 saksi telah dirakam percakapan, melibatkan pegawai Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia…










