Isu saham Azam Baki didedah apabila sampai masa - Utusan Malaysia

Isu saham Azam Baki didedah apabila sampai masa

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan terhadap isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang dikaitkan dengan dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ akan didedahkan kepada umum apabila tiba masanya.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini, pihaknya menunggu respon daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebelum sebarang pendedahan dibuat.

“Kita perlu pastikan siasatan berkenaan selesai sepenuhnya sebelum apa-apa tindakan lanjut berkait pemakluman hasil siasatan terhadap pegangan saham Tan Sri SPRM boleh didedahkan.

“Tetapi ia terserah kepada Jemaah Menteri… sekiranya bila-bila masa, kita merasakan sudah cukup proses siasatan itu, maka itu terserah kepada Jemaah Menteri (untuk dedahkan),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Semalam, Shamsul Azri berkata, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap media antarabangsa kerana  mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Azam Baki.

Mengulas lanjut, Fahmi turut berkata, kerajaan menyerahkan kepada Shamsul Azri untuk memastikan semua proses berkenaan dituruti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN