J-KOM jangka tiada parti dominasi PRU16 - Utusan Malaysia

J-KOM jangka tiada parti dominasi PRU16

ISMAIL Yusop ketika ditemu bual di Ibu Pejabat Media Mulia Sdn. Bhd. di Petaling Jaya, Selangor. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada mana-mana parti dijangka mampu mendominasi pentadbiran negara secara solo selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop berkata, lands­kap politik negara pasca PRU16 dijangka terus tidak menentu, sekali gus menuntut pembentukan kerajaan campuran bagi menjamin kestabilan pentadbiran.

“Apa yang saya lihat, tidak akan ada lagi dominasi politik oleh mana-mana parti. Kita masih memerlukan kerajaan campuran. Bentuk gabungan itu bergantung kepada kebijaksanaan pimpinan parti-parti politik.

“Tidak kira di sebelah mana sekalipun, sesiapa yang ingin membentuk kerajaan perlu menerima hakikat bahawa kepelbagaian adalah nadi dalam konteks negara bangsa Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14, Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara selama 22 bulan dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia kemudian digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Perikatan Nasional (PN) dengan sokongan BN.

Namun, kerajaan tersebut hanya bertahan 17 bulan sebelum tampuk kepemimpinan di­ambil alih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selama 15 bulan sehingga PRU15.

Ismail turut mengulas sama ada kerajaan perpaduan hari ini mampu bertahan atau sebaliknya.

“Dalam tempoh tiga tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim te­lah membuktikan peningkatan daripada segi keyakinan dan kepercayaan rakyat melalui pelaksanaan dasar serta inisiatif yang diperkenalkan.

“Ia mungkin tidak sempurna, tetapi jika dibandingkan dengan lima tahun sebelumnya, tidak dapat dinafikan banyak perkembangan positif yang telah dicapai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN