PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan dibuat seorang tokoh agama berkaitan kenaikan harga minyak baru-baru ini kerana ia dilihat mengelirukan rakyat. Perdana Menteri berkata, beliau tidak menyangka seorang yang bergelar ulama terkenal sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian. “Ada ulama yang terkenal, yang ada banyak (ramai) pengikutnya yang memberi pandangan, umpamanya dengan mengatakan, tak betul, minyak tak naik, di Malaysia saja naik. “Itu fahaman kedangkalan ilmu yang ketara tapi diselubungi oleh…










