MOT galakkan budaya 'carpool' e-hailing.

MOT galakkan budaya ‘carpool’ e-hailing

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Pengangkutan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menggalakkan syarikat e-hailing memperluaskan konsep ‘car pool’ kepada pelanggan mereka sebagai satu alternatif mengurangkan kos bahan api.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pendekatan itu membolehkan penumpang berkongsi perjalanan secara lebih efisien dengan kadar tambang lebih berpatutan.

Beliau berkata, konsep itu juga penting bagi memastikan keseimbangan antara keperluan industri dan kebajikan pengguna.

“Ini sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan kadar segera kerana sebelum ini memang telah ada ‘proof of concept’ yang dijalankan dengan beberapa syarikat e-hailing.

“Jadi ini merupakan sesuatu contoh yang kita harap dapat memberikan satu teladan kepada semua
pihak, semua agensi supaya dalam mendepati krisis ini, kita mesti mengambil satu langkah yang
proaktif,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan Bulan April di sini hari ini.

Mengulas impak konflik Asia Barat kepada sektor penerbangan negara, Loke berkata, penutupan ruang udara di zon konflik telah memaksa syarikat penerbangan mengubah laluan penerbangan, yang meningkatkan tempoh perjalanan ke destinasi seperti Eropah.

“Perubahan ini bukan sahaja menjejaskan jadual operasi, malah membawa implikasi kos yang ketara manakala penggantungan sementara laluan tertentu serta pembatalan beberapa penerbangan harian ke Timur Tengah pada peringkat awal krisis turut menyebabkan kerugian besar kepada industri penerbangan,” katanya.

Dalam sektor maritim pula, Loke berkata, ketegangan di laluan strategik seperti Selat Hormuz, Suez Canal dan Kawasan Laut Merah telah memaksa kapal dagang mengambil laluan alternatif melalui Tanjung Harapan  (Cape of Good Hope) di Afrika.

“Kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meneliti kesan krisis tenaga global itu secara menyeluruh, khususnya dari sudut jaminan bekalan dan kestabilan ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, MOT komited memperkasakan penggunaan pengangkutan awam di seluruh negara, khususnya KTM, ETS dan MRT bagi memastikan kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN