KUALA LUMPUR: Isu yang wujud di rantau ini termasuk mengenai ketegangan yang berlaku di Laut China Selatan perlu ditangani secara bersama dan tanpa campur tangan pihak luar. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian Malaysia kekal mengenai kebebasan strategik dalam menangani ketegangan di Laut China Selatan. Beliau berkata, ASEAN perlu memimpin dalam mengurus pertikaian yang ada di rantau ini termasuk isu melibatkan China dan Filipina. “Kami akan mendesak satu…










