INKUES: Tiada ubat sawan diberi kepada Zara Qairina sebelum dihantar ke hospital

INKUES: Tiada ubat sawan diberi kepada Zara Qairina sebelum dihantar ke hospital

INKUES ZARA QAIRINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang ubat termasuk phenytoin (ubat sawan) diberikan kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ketika menerima rawatan kecemasan awal sebelum dia dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kinarut, Mohd Faiszal Md Saimi menyatakan sedemikian ketika memberikan keterangan di Mahkamah Koroner sebagai saksi ke-69, hari ini.

Beliau berkata, keutamaan dalam rawatan kecemasan awal bagi pesakit trauma tidak sedarkan diri yang disyaki mengalami kecederaan kepala adalah pengurusan saluran pernafasan, kawalan pendarahan dan peredaran darah dan bukan pemberian ubat.

“Pemberian ubat tidak akan memberi kesan positif kepada mangsa dan mungkin memburukkan keadaan, seperti menyebabkan tekanan darah menurun atau pendarahan bertambah,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada hari prosiding yang memasuki hari ke-65 inkues itu, hari ini.

Jelasnya, sebagai Penolong Pegawai Perubatan jawatan tersebut mengehadkannya daripada menetapkan dan memberikan ubat kecuali ubatan yang berada dalam Kategori C.

Katanya, ubat yang boleh diberikannya termasuk paracetamol, aspirin, glyceryl trinitrate, garam rehidrasi oral dan cecair infusi seperti normal saline 0.9 peratus.

Saksi itu berkata, ketika memberikan rawatan kecemasan awal, Zara Qairina juga tidak memberikan sebarang tindak balas dan tidak menunjukkan tanda sawan.

Semasa prosiding itu, Mohd Faiszal, 40, berkata, dia menerima panggilan kecemasan (MERS) berhubung insiden membabitkan Zara Qairina kira-kira pukul 3.23 pagi, 16 Julai 2025.

Dia kemudian tiba di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha pada pukul 3.45 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN