PUTRAJAYA: Harga ubat-ubatan di negara ini dilaporkan meningkat antara 30 hingga 40 peratus berikutan kenaikan kos logistik, pengangkutan dan bahan api. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan tersebut turut memberi kesan kepada kos peranti perubatan yang mencatatkan kenaikan lebih tinggi sebelum itu. “Pastinya harga ubat sudah pun mula meningkat kerana perkara ini berkait dengan logistik, pengangkutan dan minyak. Kita dapati kos kenaikan harga ubat-ubatan telah pun berlaku…










