KOTA BHARU: Kejatuhan harga emas di bawah paras RM600 satu gram sejak minggu lalu menyaksikan ‘demam’ membeli emas kembali melanda negeri ini apabila golongan wanita ‘membanjiri’ premis menjual logam tersebut. Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Siti Khadijah di sini mendapati, premis-premis emas dikunjungi golongan berkenaan yang mengambil peluang harga rendah untuk menambah aset. Seorang pekerja kedai emas, Safrina Baharudin, 33, berkata, trend jualan emas di premis tempatnya bekerja mencecah sehingga…










