Harga besi naik hingga 1.1 peratus pada Mac

Harga besi naik hingga 1.1 peratus pada Mac

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks harga seunit besi mencatatkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 1.1 peratus pada Mac 2026 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan tertinggi bagi bahan ini telah direkodkan di Terengganu dan Kelantan sebanyak 1.1 peratus dan diikuti dengan Kota Kinabalu dan Tawau (masing-masing 1.0 peratus).

Katanya, indeks harga seunit simen juga mencatatkan peningkatan pada Mac, dengan perubahan bulan ke bulan antara 0.1 peratus hingga 1.0 peratus di semua kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Peningkatan tertinggi bagi bahan ini telah direkodkan di Miri (1.0 peratus), diikuti dengan Kuching dan Sibu (masing-masing 0.5 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata, indeks harga seunit keratan keluli dan logam menunjukkan sedikit peningkatan, dengan perubahan bulan ke bulan antara 0.1 peratus sehingga 1.0 peratus semua kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, indeks harga pasir mencatatkan peningkatan kecil pada Mac, dengan perubahan bulan ke bulan antara 0.3 peratus hingga 5.2 peratus di semua kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Perbandingan tahunan untuk tempoh Mac 2025 dan Mac 2026 menunjukkan indeks harga seunit besi telah merekodkan penurunan antara negatif 1.0 peratus hingga negatif 6.9 peratus bagi kebanyakan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Penurunan tertinggi bagi indeks harga seunit bahan telah dicatatkan di Miri (6.9 peratus), diikuti dengan Kuching (6.7 peratus) dan Sibu (5.5 peratus),” ujarnya.

Mohd Uzir berkata, perbandingan tahun ke tahun bagi indeks harga seunit simen pula telah mencatatkan peningkatan antara 0.5 peratus hingga 5.9 peratus pada Mac berbanding bulan yang sama tahun lalu, bagi seluruh kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Peningkatan tertinggi dicatatkan di Pahang (5.9 peratus), diikuti dengan Perak (5.6 peratus) dan Kuching (5.3 peratus).

“Purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars mencatatkan peningkatan 0.7 peratus, dengan purata harga RM3,426.80 bagi setiap tan metrik berbanding bulan sebelumnya (Februari 2026: RM3,404.40 per tan metrik).

“Selain itu, purata harga bagi simen Ordinary Portland pula telah merekodkan peningkatan (0.8 peratus) dengan purata harga RM25.55 per 50 kilogram (kg) sekarung berbanding Februari 2026 (RM25.35 per 50 kg sekarung),” jelasnya.

Beliau berkata, perbandingan bulanan Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) termasuk bar keluli mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mac 2026 mencatatkan peningkatan antara 0.1 peratus hingga 0.7 peratus di kawasan iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis serta Terengganu dan Kelantan.

“Namun begitu, penurunan kecil IKB termasuk bar keluli bagi beberapa kategori bangunan antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 1.1 peratus telah direkodkan di Perak, Johor dan Pahang.

“IKB termasuk bar keluli di Sabah menunjukkan peningkatan kecil iaitu 0.1 peratus hingga 0.6 peratus bagi hampir semua kategori bangunan pada Mac 2026 berbanding bulan sebelumnya.

“Perbandingan bulan ke bulan IKB termasuk bar keluli di Sarawak merekodkan penurunan kecil antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 0.3 peratus bagi semua kategori bangunan di Kuching (kecuali bagi kategori bangunan kayu, cerucuk kayu dan cerucuk),” jelasnya.

Tambah beliau, IKB di Sibu dan Miri turut mencatatkan peningkatan kecil antara 0.1 peratus dan 0.5 peratus bagi semua kategori bangunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN