Hal terlalu peribadi untuk dikongsi - Kaka Azraff - Utusan Malaysia

Hal terlalu peribadi untuk dikongsi – Kaka Azraff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Kaka Azraf, 36, belum terbuka berkongsi status rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff.

Menurut kakak atau Nor Atiqa Noor Azraff hal tersebut terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.

“Saya kalau boleh tak mahu cerita hal peribadi. Itu cerita dalam kain, tiada kaitan dengan kerja.

“Apa yang boleh saya katakan, doakan yang baik. Bukan pada saya sahaja, tapi buat kawan-kawan yang melalui pengalaman sama.

“Kadang, kita bukan nak menjaja cerita peribadi,” katanya ketika rumah terbuka Next Level mstar, baru-baru ini.

Kaka dalam pada itu memaklumkan akan menceritakan hal tersebut pada masa yang sesuai.

“Saya tak tahu macam mana nak cerita sebab perkara itu terlalu peribadi untuk saya.

“Status itu saya boleh nak gembar-gembiarkan. kalau ada apa-apa, saya akan berkongsi.

“Bila tiba masanya nanti, saya akan ceritakan. Andalah yang ada dengan saya sewaktu saya melangkah naik ke dalam industri. Tak mungkin saya membelakang media.

“Cuma saya minta agar privasi saya dihormati, jadi tak boleh berkongsi banyak mengenai rumah tangga saya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN