KUALA NERUS: Generasi yang menghayati al-Quran bukan sahaja mampu membaca dan menghafal malah menjadikan kitab suci itu sebagai sumber kekuatan serta keberkatan dalam kehidupan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, umat Islam ketika ini berdepan pelbagai kepincangan dan kegawatan yang semakin rumit khususnya susulan konflik berpanjangan melibatkan Gaza yang merebak ke Lubnan dan Iran. “Serangan oleh Zionis Israel dan sekutunya bukan perkara baharu, malah telah berlarutan lebih sedekad. Namun,…










