PETALING JAYA: Persetujuan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran melaksanakan gencatan senjata selama dua minggu yang akan dimuktamadkan di Pakistan, Jumaat ini, memberi kelegaan kepada dunia. Gencatan senjata yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump turut menyaksikan Iran bersetuju membuka semula Selat Hormuz, laluan maritim penting yang mengendalikan kira-kira satu per lima bekalan minyak dunia, gas dan baja. Belumpun 24 jam perkara itu diumumkan, kesannya jelas terasa di seluruh dunia termasuk…










