PETALING JAYA: Gangguan bekalan petrol dan diesel yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan utara Semenanjung ketika ini hanya bersifat sementara dan tidak menjejaskan kedudukan bekalan di peringkat nasional. Menurut sumber, berdasarkan maklumat semasa, bekalan bahan api negara kekal mencukupi seperti yang dimaklumkan kerajaan. Katanya, gangguan yang sedang berlaku kini hanya melibatkan kawasan di utara Semenanjung seperti di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang susulan kelewatan tidak dijangka ketibaan kapal di pelabuhan…










