Fikirkanlah sebabnya kenapa anak kamu tak mahu pergi - Betty Benafe - Utusan Malaysia

Fikirkanlah sebabnya kenapa anak kamu tak mahu pergi – Betty Benafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Konflik melibatkan anak-anak antara pelakon, Betty Benafe dan bekas suaminya, Bruce Dargus meruncing apabila muncul dakwaan yang mengatakan pelakon itu enggan memberi keizinan kepada anak-anak untuk menziarah datuk dan nenek mereka di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Betty, dia tidak pernah menghasut anak-anak sedikimian rupa sebaliknya keputusan itu berlaku atas hendak sendiri.

“Dari anak-anak nak melawat datuk dan nenek mereka, sehinggalah mereka tidak mahu lagi berbuat demikian.

“Dan kalau perkara itu mendatang stress, saya tak boleh paksa mereka. Tujuh tahun tak ada masalah, bahkan sebelum ini saya paksa anak-anak untuk pergi.

“Jadi, sebagai orang dewasa, fikirkanlah sebabnya kenapa anak kamu tak manu pergi, renung-renungkanlah supaya hidup tenang dan harmoni,” ujarnya.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memperlihatkan bekas suami serta datuk dan neneknya, ditemani dua orang pegawai Jabatan Agama Islam datang ke rumah Betty untuk menuntut anak-anak mereka.

Bagaimana pun perkara itu dapat disanggah apabila anak sulung tampil memaklumkan keenganannya untuk pergi.

“Tentu sekali anak-anak dalam ketakutan, terutama yang paling kecil, dijadikan umpan untuk memburukkan reputasi ibu.  Dia rasa bersalah atas tindakannya.

“Tengok sendiri anak saya pun enggan pergi, kakaknya memberontak, kenapa gunakan adiknya sebagai umpan.

“Mereka penat dengan cemuhan dan pandangan sinis tentang ibu mereka. Sampaikan ketika makan pun mereka dengar cerita bukan-bukan pasal saya.

“Tapi pihak sebelah sana berbeza, sentiasa bercakap buruk pasal saya. Bertahun keadaan ini berlaku. Sampai bila anak hendak bertahan dengan cerita-cerita ini?” dakwanya.

Betty mendakwa perkara itu berlaku terlalu lama, sehingga membuatkan anak-anak tampil bersuara.

“Mereka punya perasaan dan hati untuk didengari dan memiliki hak untuk gembira dan tenang dan persekitaran yang positif.

“Harap kejadian ini menjadi pengajaran kepada keluarga yang bercerai berai. Bertenang dan berdamailah dengan takdir.

“Jangan jadikan anak-anak sebagai mangsa bagi keegoan engkau sebagai bapa,” kongsinya.

Dalam masa yang sama Betty berharap individu tersebut berubah dan bertanggungjawab di masa akan datang.

“Jadilah bapa yang matang, galas tanggungjawa terhadap-tarhadap anak-anak.

“Bina masa depan, menabunglah demi kebahagiaan anak-anak di masa depan.

“Bukannya suntik rasa benci dan perkara buruk tetang ibunya, itu tak betul,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN