IPOH: Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan projek penyelidikan bernilai RM5 juta. Perintah reman dikeluarkan Majistret S. Punitha ke atas tiga suspek lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an di Mahkamah Majistret di sini, semalam. Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. Kesemua suspek yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna…










