Dua termasuk timbalan pengerusi NGO seleweng RM230 dana zakat direman - Utusan Malaysia

Dua termasuk timbalan pengerusi NGO seleweng RM230 dana zakat direman

Dana zakat
DUA termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah NGO dibawa ke Mahkamah Majistret bagi permohonan reman berhubung siasatan penyelewengan dana zakat kira-kira RM230 juta, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana zakat kira-kira RM230 juta.

Kedua-duanya berusia 57 dan 61 tahun itu dibenarkan direman bermula hari ini oleh Majistret Ameera Mastura selepas mereka dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini.

Terdahulu, dua suspek yang memakai baju lokap jingga tiba di mahkamah itu dengan dikawal ketat anggota SPRM, kira-kira pukul 9.07 pagi.

Dua individu itu diwakili peguam Mohd. Radzlan Jalaludin; Ashwida Abd. Samad dan Muhammad Ridhwan Jalaludin.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan tiga lelaki ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor apabila disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah RM230 juta.

Dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan antara pukul 3 dan 5 petang tadi dalam satu operasi yang dijalankan sekitar Lembah Klang manakala seorang lagi berusia lingkungan 50-an ditahan pukul 2 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Azwan Ramli mengesahkan reman berkenaan dengan kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Siasatan awal mendapati timbalan NGO itu dipercayai memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan peribadi.

Tiga suspek yang juga dua daripadanya merupakan pengarah syarikat disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara 2018 hingga 2024.

Siasatan menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam kerana NGO itu sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi membantu golongan memerlukan.

Selain 18 kenderaan mewah seperti Porsche dan Mercedes, SPRM menyita rumah dan hartanah bernilai kira-kira RM11 juta serta pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama.

Sebanyak 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta turut dibekukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN