Dua maut dipercayai terperangkap dalam kebakaran rumah kedai

Dua maut dipercayai terperangkap dalam kebakaran rumah kedai

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah kedai dua tingkat yang dijadikan pejabat guaman di Jalan Lebuh King di George Town, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Dua individu maut dipercayai selepas terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat yang dijadikan pejabat guaman di Jalan Lebuh King di sini, kira-kira pukul 12.14 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai kemudian segera dikerah ke lokasi dengan bantuan daripada BBP Jalan Perak sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, rumah kedai yang terbakar itu berkeluasan kira-kira 1,600 kaki persegi dan ketika sampai, didapati peratusan kemusnahan akibat kebakaran berkenaan dianggarkan sebanyak 70 peratus.

“Salah seorang daripada mangsa telah dijumpai kira-kira pukul 1.05 petang tadi dan kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan buat masa ini,” ujar beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN