KUALA LUMPUR: Penyanyi, Didi Astillah dimasukkan wad kecemasan (ICU) sebuah hospital di ibu negara kerana kecederaan akibat jatuh tangga.
Perkembangan itu dikongsi oleh ibunya, Eina Astillah menerusi Instastory, hari ini.
Menerusi hantaran itu, Eina berkongsi foto penyanyi tersebut sedang baring di atas katil sambil menahan sakit.
“Semoga baik-baik sahaja.” Tulisnya.
Foto tersebut turut memperlihatkan kecederaan pada dahi sebelah kanannya.
Pada masa sama, peminat di ruangan komen juga mendoakan kesembuhan buat Didi.










