Demonstarasi bantahan jika kerajaan tidak bertindak ke atas Lynas – NGO

Demonstarasi bantahan jika kerajaan tidak bertindak ke atas Lynas – NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Sekumpulan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) merancang untuk mengadakan demonstrasi bantahan bagi menggesa kerajaan Malaysia memastikan operasi Lynas Rare Earths Ltd (Lynas) tidak melanggar undang-undang antarabangsa.

Ia susulan perjanjian syarikat itu yang didakwa membekalkan oksida nadir bumi kepada Jabatan Perang Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet, isu ini amat mustahak difikirkan rakyat kerana selama 15 tahun kerajaan Malaysia membenarkan Lynas beroperasi di sini dengan meninggalkan ratusan juta tan sisa-sisa radioaktif dan sisa-sisa terjadual.

“Kini diberikan pula lesen selama 10 tahun untuk terus beroperasi malahan membenarkan Lynas meningkatkan lagi kuota import bahan mentah atau feedstock (Lanthanide Concentration).

“Yang amat merungsingkan ialah bahan-bahan feedstock baru ini mengandungi nadir bumi yang Amerika Syarikat gagal memperoleh daripada China,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, gabungan 57 organisasi menggesa kerajaan Malaysia memastikan operasi oleh Lynas Rare Earths Ltd tidak melanggar undang-undang antarabangsa, susulan perjanjian syarikat itu untuk membekalkan oksida nadir bumi kepada Jabatan Perang Amerika Syarikat.

Bun Teet berkata, pada masa ini pula, Malaysia memainkan peranan memenuhi kehendak AS.

Ini bermakna, katanya, senjata-senjata yang menggunakan nadir bumi jenis berat itu digunakan dengan meluas dan tidak terkawal  dalam peperangan yang sedang berlaku di Asia Barat melibatkan peranan Melaysia secara  tidak langsung.

“Ini dengan kata lain Malaysia akan turut terlibat dalam pembunuhan orang Asia Barat sesama agama dengan populasi majoriti di sini.

“Kerajaan Malaysia harus berwaspada pada kemungkinan berlakunya peristiwa-berlakunya perkara tidak didugakan,” katanya,

Dalam hal ini, beliau berkata, pihaknya sentiasa mempertahankan kesejahteraan alam sekitar demi membolehkan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan selamat.

“Kini kerajaan secara tidak langsung melibatkan diri dengan Lynas dalam usaha AS menghasilkan senjata-senjata yang melibatkan penggunaan nadir bumi.

“Kami tidak menolak serta akan bertindak bersama NGO-NGO lain untuk menyampaikan suara rakyat dalam isu ini dalam masa terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN