DBKL sita peralatan 'ulat foto' di sekitar ibu negara

DBKL sita peralatan ‘ulat foto’ di sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktiviti ‘ulat foto’ di kawasan tumpuan pelancong masih berlaku walaupun tindakan penguatkuasaan dilaksanakan selepas tiga peralatan fotografi individu disita dalam operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu negara, malam tadi.

Menurut DBKL, operasi berkenaan dijalankan di kawasan tumpuan pelancong seperti Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee.

“Dalam operasi ini, tiga individu diambil tindakan sitaan kerana menjalankan aktiviti jurugambar tanpa kebenaran di kawasan awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang adalah warga tempatan manakala dua lagi bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, enam notis kompaun dikeluarkan terhadap kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 membabitkan kenderaan yang didapati melanggar peraturan.

“Sebarang aktiviti tidak berlesen, pelanggaran undang-undang serta tindakan yang menjejaskan imej bandar raya akan dikenakan tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam memaklumkan seramai 25 ‘ulat foto’ ditahan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar KLCC, Isnin lalu.

Semua tangkapan terdiri daripada 23 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warga Filipina berusia antara 16 hingga 48 tahun.

Kesemua individu direman tiga hari bagi membantu siasatan termasuk semakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan ketulenan kad pengenalan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN