PETALING JAYA: Aktiviti ‘ulat foto’ di kawasan tumpuan pelancong masih berlaku walaupun tindakan penguatkuasaan dilaksanakan selepas tiga peralatan fotografi individu disita dalam operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu negara, malam tadi. Menurut DBKL, operasi berkenaan dijalankan di kawasan tumpuan pelancong seperti Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee. “Dalam operasi ini, tiga individu diambil tindakan sitaan kerana menjalankan aktiviti jurugambar tanpa kebenaran di…










