PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan enam notis kompaun terhadap individu yang menjalankan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran atau ‘ulat foto’ di kawasan tumpuan awam sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), semalam. DBKL memaklumkan, lima daripada individu yang ditahan adalah bukan warganegara selain turut menyita 11 peralatan yang digunakan bagi aktiviti fotografi berkenaan. “Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan melalui Op Lens dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara…










