ALOR SETAR: Setiap Mesyuarat UMNO Cawangan di seluruh negeri Kedah digesa membawa usul supaya UMNO atau Barisan Nasional (BN) negeri itu bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, langkah tersebut penting bagi membolehkan parti itu kembali berdiri dengan kekuatan sendiri tanpa terus dilihat bergantung kepada pihak lain. Menurut beliau, UMNO mempunyai keupayaan tersendiri termasuk jentera parti yang…










