Britney Spears masuk pusat pemulihan

Britney Spears masuk pusat pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Bintang ternama, Britney Spears dimasukkan ke pusat pemulihan susulan penahanannya akibat memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Jurucakap penyanyi dan pelakon sensasi itu semalam memaklumkan portal Pagesix bahawa keputusan itu dibuat Spears secara sukarela.

Sumber terdekat memberitahu penahanan Spears memberi tamparan hebat buat bintang berusia 44 tahun tersebut, mendakwa dia malu dan rasa bersalah atas kesalahan dilakukannya.

“Beberapa bulan kebelakangan ini cukup menduga dia,” ujar sumber berkenaan.

Spears ditahan penguat kuasa 4 Mac lalu selepas didapati memandu dalam keadaan bahaya sekitar Ventura County, di sini.

Penyanyi itu ketika ditahan disahkan berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol. Polis turut menemukan bahan terlarang dalam kenderaannya.

Jurucakap polis Ventura County dalam pada itu mengesahkan kes tersebut telah di failkan di mahkamah. Spears akan didakwa 4 Mei ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN