KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengoptimumkan penggunaan diesel sebagai langkah penjimatan tanpa menjejaskan kecekapan operasi agensi berkenaan. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Ahmad Izram Osman berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada seluruh jabatan di bawah seliaan agensi tersebut. Katanya, setakat ini JBPM hanya merasakan kesan minimum dan krisis yang berlaku tidak mengganggu kelancaran operasi pemadaman kebakaran serta penyelamatan di seluruh negara. “Setakat ini sikit-sikit sahaja (kesan konflik…










