Bekas Presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik meninggal dunia

LING Liong Sik meninggal dunia hari ini pada usia 83 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Berita pemergian beliau disahkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, pagi ini.

Pada 1974, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Mata Kuching, Pulau Pinang. Kini dikenali sebagai Parlimen Bagan.

Pada 1986, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Labis. Beliau mengekalkan kerusi tersebut untuk 4 penggal berturut-turut dalam pilihan raya 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Pada 3 September 1986, beliau telah dilantik sebagai Presiden MCA.

Beliau menjadi Presiden MCA pada usia 43 tahun dan mentadbir parti selama 17 tahun dari 1986 hingga 2003 selepas penyandangnya, Tan Koon Swan berhadapan krisis pan ell yang memaksa beliau untuk meletakkan jawatan. – UTUSAN

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN