PETALING JAYA: Bekas pengasuh Qaseh Aulia dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana cuai sehingga membawa kematian bayi perempuan itu, tiga tahun lalu. Hakim Dr. Syahliza Warnoh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Mulyati Kalim, 54, yang juga warga Indonesia. Hukuman pemenjaraan itu ditetapkan selama lima tahun bermula dari tarikh sabitan selain tertuduh juga…










