PETALING JAYA: Beberapa tokoh politik utama termasuk bekas menteri dan pemimpin yang telah menyertai parti lain selepas dipecat atau digantung daripada UMNO, menunjukkan minat untuk kembali menerusi inisiatif ‘Rumah Bangsa’. Selain bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sudah mengemukakan permohonan secara rasmi, perbincangan untuk membawa beberapa tokoh lain sedang berlangsung. Setakat ini, UMNO menerima lebih 100 permohonan dan rayuan…










