KUALA LUMPUR: Bekalan minyak Malaysia mencukupi untuk memenuhi keperluan tempatan sehingga beberapa bulan ini selepas kapal milik Malaysia melepasi Selat Hormuz semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mempunyai rangkaian hubungan yang kukuh dengan negara pengeluar minyak lain dan ia memastikan bekalan bahan api Malaysia mencukupi. Kata beliau, bekalan minyak yang mencukupi walaupun Asia Barat sedang dilanda perang, menunjukkan reputasi Petronas sebagai syarikat minyak negara.…









