PETALING JAYA: Syarikat penerbangan Batik Air menawarkan promosi diskaun sehingga 35 peratus bagi penerbangan kelas ekonomi untuk ke semua destinasi, bagi memberi peluang kepada penumpang merancang perjalanan lebih mudah.
Promosi tambang fleksible juga ditawarkan sekali gus memberikan pilihan kepada pengguna kebebasan untuk ruang percutian yang dirancang sehingga akhir Januari tahun depan.
“Tawaran ini datang ketika ramai penumpang kini bukan sahaja mencari harga murah, tetapi juga mahukan kemudahan untuk menukar jadual perjalanan mereka jika perlu.
“Trend perjalanan masa kini menunjukkan orang ramai lebih mementingkan fleksibiliti dan keyakinan ketika merancang perjalanan,” katanya.
Promosi bagi tempoh perjalanan sehingga 31 Januari tahun depan ini, dibuka untuk tempahan bermula sekarang hingga 30 April, meliputi banyak destinasi popular seperti Sydney, Shanghai, Bali, Phuket, Colombo, Bangkok dan New Delhi.
Menariknya, penumpang turut berpeluang menikmati elaun bagasi sehingga 25 kilogram.
Dengan rangkaian ini, penumpang boleh memilih destinasi pilihan mereka sambil menikmati fleksibiliti perjalanan yang lebih baik.
Maklumat lanjut dan tempahan boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih Batik Air atau laman web rasmi www.batikair.com.my. – UTUSAN










