LAHAD DATU: Seorang bapa menerima balasan atas 11 pertuduhan merogol dua anak kandungnya sejak 2016 apabila dipenjara 165 tahun dan 110 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh berusia 54 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suhailla Selag. Lelaki itu didakwa lima pertuduhan atas kesalahan merogol anak sulung berusia 25 tahun manakala enam pertuduhan membabitkan kesalahan merogol seorang lagi anaknya…










