Bapa dua anak curi tin sardin dipenjara sebulan

Bapa dua anak curi tin sardin dipenjara sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bapa kepada dua anak dihukum penjara sebulan dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri pelbagai barangan keperluan harian termasuk dua tin sardin.

Majistret, Faezahnoor Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Rashid Mohd Noh, 44, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Sekiranya gagal membayar denda itu, hukuman penjara terhadap pemandu e-hailing itu boleh ditambah sebanyak tujuh hari lagi.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rashid didakwa mencuri 20 barangan antaranya dua tin sardin, tepung serbaguna, pencuci pinggan mangkuk, sabun mandian dan penyegar udara berjumlah RM404.22 di Pasar Raya Aeon Taman Maluri, Cheras, dekat sini pada pukul 8.10 malam, 18 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda.

Bagi kesalahan kedua atau seterusnya hendaklah dihukum dengan pemenjaraan serta denda atau sebatan.

Semasa prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farhana Mohd. Poad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam bela, M. Soosai Raj dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman penjara ringan atas alasan anak guamnya perlu menanggung anak yang masih bersekolah.

“Anak guam hanya bekerja sebagai seorang pemandu dan menanggung dua anak yang masih bersekolah. Saya mohon hukuman penjara minimum dapat diberikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN