Banjir kilat landa ibu negara

Banjir kilat landa ibu negara

KEADAAN air Sungai Buloh yang melimpah dan memenuhi jalan raya sekitar hingga menjejaskan pengguna yang dikongsi oleh seorang netizen. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang ini.

Tinjauan di media sosial mendapati, antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah Bangsar dan Damansara yang turut dikongsikan oleh netizen.

Situasi itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya yang terkesan dengan keadaan cuaca tersebut Khususnya mereka hendak pulang dari tempat kerja.

Netizen turut berkongsi video keadaan banjir yang melanda kawasan berkenaan terutama kawasan rendah, menyebabkan pengguna khususnya penunggang motosikal terperangkap.

Seorang netizen, sarah_zlkfl berkongsi keadaan banjir melanda kawasan KTM Sungai Buloh.

“Yang otw balik Sg Buloh, cari alternatif lain. AIr sungai kt KTM Sg Buloh dah melimpah,” kongsinya.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai mamu786 memaklumkan, kejadian air naik di kawasan tersebut berkemungkinan berpunca daripada sistem saliran yang tersumbat.

“Air naik bukan ada sungai pun, ini punca longkang tersumbat,” kongsnya.

Pengguna lain, who’s ayen?, turut memaklumkan bahawa kawasan Klang turut dilanda hujan lebat pada waktu sama.

“klang pon hujan lebat ni,” katanya.

Sementara itu, Hanif Shafarin Mohammed berkongsi keadaan di pusat bandar dengan menyatakan hujan lebat berlaku sekitar jam 5 petang berhampiran KLCC.

“KLCC lebat 5PM,” tulisnya.

Dalam perkembangan sama, Izzati Zaliah memaklumkan kawasan Jalan Kebun turut mengalami hujan lebat beserta kejadian kilat dan guruh sekitar jam 5.30 petang.

“jalan kebun pukul 5:30 tadi hujung turun balik ni ada kilat + guruh kilat,” katanya.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian banjir kilat di kawasan terlibat.

Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutama ketika cuaca tidak menentu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN