Bakal haji Johor terima Bantuan Kasih Johor

Bakal haji Johor terima Bantuan Kasih Johor

ONN Hafiz Ghazi menyantuni bakal haji ketika hadir di Majlis Perjumpaan Bersama Bakal-bakal Haji Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ) 1447H/2026M di Menara MBJB, Johor Bahru hari ini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Kasih Johor berjumlah lebih RM1.1 juta kepada kira-kira 3,800 jemaah yang akan menunaikan ibadah haji, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan secara sekali beri (one-off) sebanyak RM300 itu sebagai inisiatif baharu bagi meringankan beban ketika menunaikan ibadah tersebut.

“Setiap jemaah haji dari Johor yang menunaikan ibadah haji tahun ini akan menerima RM300 sebagai tanda kasih dan penghargaan kerajaan negeri. Bantuan ini pertama kali diberikan

“Ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk berkongsi hasil kemakmuran Johor kepada rakyat di negeri ini,” katanya ketika berucap dalam pertemuan bersama bakal jemaah haji di Menara MBJB, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 500 bakal haji Rombongan Kerajaan Johor diraikan yang akan mula berangkat ke tanah suci Mekah pada 7 Mei depan.

Onn Hafiz berkata, Johor telah menghantar rombongan haji tajaan negeri sejak 1952, iaitu lebih awal sebelum penubuhan Lembaga Tabung Haji pada 1963.

“Johor secara konsisten memperoleh kuota khas seramai 500 jemaah setiap tahun hasil kerjasama dengan Tabung Haji dan kerajaan Persekutuan dengan kos penerbangan ditanggung sepenuhnya.

“Anda semua merupakan insan yang terpilih daripada jutaan umat Islam di negara ini. Justeru, anda perlu mensyukuri peluang ini, hanya yang terpilih sahaja menerima panggilan Ilahi ini,” katanya.

Beliau turut menyeru jemaah terlibat untuk memanfaatkan masa di tanah suci dengan berdoa bukan sahaja untuk diri dan keluarga, tetapi juga untuk kesejahteraan negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN