Bahan api bersubsidi RM11 juta dirampas dalam Op Tiris

Bahan api bersubsidi RM11 juta dirampas dalam Op Tiris

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sejumlah RM11,007,104.04 nilai rampasan keseluruhan melibatkan bahan api bersubsidi dan barangan kawalan direkodkan menerusi pelaksanaan Op Tiris 4.0 (Bersepadu).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, ia hasil daripada 13,759 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara dari 16 Mac hingga 12 April lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 239 kes dikesan dengan tangkapan melibatkan 68 individu. Antara komoditi utama yang dirampas adalah diesel sebanyak 865,205 liter, petrol (26,408 liter) dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 8,690 kilogram.

“Baki kes  melibatkan barangan kawalan lain seperti minyak masak, gula dan tepung gandum,” katanya ketika selepas membuat tinjauan pematuhan larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 di Stesen Minyak Petronas Tok Adis, di sini hari ini.

Menurut Fuziah, di Terengganu, sebanyak RM19,015,374.65 nilai rampasan direkodkan bagi tempoh 2023 hingga April 2026 membabitkan 92 kes.

Katanya, bagi empat tahun ini sahaja, sebanyak 38 pemeriksaan dilaksanakan di Terengganu dengan lima kes direkodkan melibatkan nilai rampasan RM10,595.

“Data ini mencerminkan komitmen berterusan kementerian dalam memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan secara lebih tersusun serta berimpak tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN