KUALA LUMPUR: Anak sulung bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini manakala dua anak lelakinya dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir untuk pendakwaan, semalam. Di hadapan Hakim Rosli Ahmad, Asnida, 65, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak mematuhi terma notis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 8 November 2023 apabila gagal mengisytiharkan pegangan saham dalam syarikat Amiraz Sdn. Bhd., Arida Farms Sdn. Bhd., Kangkung…










