Anak perempuan Tun Daim, Asnida tiba di SPRM untuk beri keterangan

Anak perempuan Tun Daim, Asnida tiba di SPRM untuk beri keterangan

KENDERAAN SUV yang membawa anak perempuan Tun Daim Zainuddin, Asnida tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Anak perempuan kepada Tun Daim Zainuddin, Asnida Daim tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Beliau tiba dengan menaiki sebuah kereta utiliti sukan (SUV) dipandu seorang lelaki.

Sebelum itu, turut tiba di Ibu Pejabat SPRM adalah dua peguam Asnida.

Bagaimanapun, tiga lagi anak Tun Daim, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin belum lagi kelihatan.

Media sebelum ini melaporkan, empat anak bekas Menteri Kewangan itu diarahkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Keempat-empat mereka dijangka memberi keterangan kepada SPRM susulan notis rasmi yang diserahkan SPRM berkaitan perisytiharan aset.

Sebelum ini, SPRM menyerahkan Notis Kesan Individu ke atas empat anak Allahyarham Daim susulan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi berkaitan perisytiharan aset. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN