Anwar doa kesejahteraan jemaah haji Malaysia

Anwar doa kesejahteraan jemaah haji Malaysia

SEBANYAK 284 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci awal pagi ini, menandakan bermulanya musim haji bagi 1447H/2026M - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar urusan jemaah haji Malaysia dipermudahkan serta dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di tanah suci.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada jemaah haji yang terpilih menyahut panggilan suci ke Baitullah tahun ini, selain mereka yang telah memulakan perjalanan seawal pagi tadi.

“Sesungguhnya, ibadah haji adalah perjalanan agung yang menuntut pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan.

“Saya mendoakan agar seluruh jemaah haji Malaysia dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta dilindungi sepanjang berada di tanah suci,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berharap semua jemaah memperoleh haji mabrur yang tiada balasan melainkan syurga, selain pulang ke tanah air dengan membawa keberkatan, keinsafan dan semangat untuk menjadi hamba Allah yang mukhlisin.

“Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga Allah menerima segala amalan dan mengurniakan keberkatan kepada kita semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN