Amir Hamzah kekal Presiden PKIBM penggal 2026 hingga 2029

Amir Hamzah kekal Presiden PKIBM penggal 2026 hingga 2029

AMIR HAMZAH MD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) mengekalkan kepemimpinan sedia ada apabila memilih semula presidennya bagi penggal 2026 hingga 2029.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md. Isa dipilih semula tanpa bertanding bagi penggal keempat pada sesi pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2025/2026 yang berlangsung di kampus University College of Aviation Malaysia (UniCAM).

Beliau berkata, pemilihan semula itu mencerminkan keyakinan ahli terhadap kepimpinan persatuan dalam memperjuangkan aspirasi institusi pendidikan tinggi swasta Bumiputera.

Menurutnya, PKIBM akan terus memperkukuh agenda pembangunan pendidikan tinggi swasta serta memperluas kerjasama strategik antara institusi ahli.

PKIBM yang ditubuhkan sejak tahun 2000 adalah persatuan tunggal berdaftar yang mewakili 54 institusi pendidikan tinggi swasta milikan Bumiputera di seluruh negara.

Dalam pemilihan sama, Pengerusi University College of Aviation Malaysia, Prof. Dr. Kapten TUDM (B) Ab. Manan Mansor dipilih semula sebagai Timbalan Presiden, manakala dua Naib Presiden turut dikekalkan.

Amir Hamzah berkata, barisan kepemimpinan yang dipilih semula itu akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kedudukan institusi ahli serta memperhebat suara kolektif PKIBM dalam isu pendidikan tinggi.

Mesyuarat berkenaan dihadiri lebih 59 perwakilan mewakili 32 IPTS milikan Bumiputera selain melantik ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN