PETALING JAYA: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyokong penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang disifatkan sebagai langkah progresif dalam memperkukuh perlindungan pekerja dalam ekonomi gig di negara ini. Setiausaha Agungnya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, penguatkuasaan akta berkenaan bermula 31 Mac lalu merupakan perkembangan penting bagi memastikan pekerja gig tidak lagi berada dalam kekosongan perlindungan undang-undang. Menurutnya, langkah kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) itu juga…










