AMPANG: Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya membuat 10 laporan polis berkait dakwaan gangguan yang dibuat seorang penduduk di kawasan tersebut. Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman berkata, laporan itu dibuat selepas beberapa isu dibangkitkan penduduk terbabit termasuk bantahan laungan azan serta solat Jumaat. Katanya, individu berkenaan telah menghantar mesej melalui WhatsApp secara peribadi yang disifatkan sebagai gangguan kepada AJK surau. “Pertama, mereka mengatakan azan yang dilaksanakan sekarang ini mengganggu.…










